PPDa

LAGU PPDA


APA ITU ROKOK?
Rokok? Rokok? Rokok? Semua orang tahu rokok tu bahaya untuk kesihatan. Bukan sahaja bahaya kepada penghisap rokok malah turut membahayakan kesihatan orang yang berada dekat dengannya. Sebenarnya asap rokok yang bahaya. Nak tau tak apa kandungan asap rokok?
  • Nikotin merupakan dadah yang kuat. Nikotinmeningkatkan penghasilan bahan kimia iaitudopamine dan berhubung rapat dengan pusat-pusat emosi di otak. 
  • Hurm, patut la kadang² perokok ni mudah sensitif. Cepat marah.
  • Perubahan yang disebabkan oleh Nikotin :
- Peningkatan kadar denyutan jantung.
- Konstriksi (pengecilan) salur darah dan kenaikan tekanan darah.
- Peningkatan kepekatan asid lemak dalam darah. Keadaan ini boleh menyebabkan arteri tersumbat.


  • Orang yang hisap rokok ni sebenarnya nakkan kesan nikotin. Tetapi kebanyakannya mati disebabkan oleh tar. Bahan tar apabila masuk ke dalam sistem tubuh akan diubahsuai di hati kepada suatu bahan  iaituepoksida.
Apakah hadiah rokok kepada penghisapnya ?
  1. 20 kali lebih risiko kanser paru-paru.
  2. 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru.
  3. 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat.
  4. 4 kali lebih ancaman serangan jantung.
  5. 2 kali lebih risiko serangan strok.
  6. 50% risiko kematian akibat tabiat merokok.
Kesimpulannya, hindarilah tabiat merokok. Janganlah menjinakkan diri anda kepada rokok. Bagi perokok, cubalah kurangkan kuantiti rokok yang dihisap pada setiap hari. Insya-Allah suatu hari nanti, anda akan dapat menjauhkan diri anda daripada rokok.

SENARIO MAJLIS PELANCARAN  MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH(PPDa) 2012































No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.