Monday 30 April 2012

Kursus Kepimpinan PRS

Pada tarikh 12-14 April 2012 Empat buah sekolah iaitu SMK Bandar Sungai Petani, SMK Khir Johari, SMK Sungai Layar dan SMK Amanjaya telah bergabung tenaga di Keda Agrobiz Jeniang, Kedah untuk melaksanakan kursus ini. 20 orang ahli PRS dari setiap sekolah telah diberikan pendedahan berkaitan kemahiran-kemahiran asas sebagai ahli PRS sekolah.

Monday 2 April 2012



MAJLIS PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH(PPDa) PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

Tarikh   :  1 APRIL 2012 (Ahad)

Masa     :  7.30 pagi

Tempat : Dataran Ilmu SMKBSP

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKBSP



Perhimpunan rasmi sekolah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dan bacaan doa oleh wakil pemimpin pelajar.  Majlis dipengerusikan oleh Pn. Nor Afizah bt. Mohd. Amri, Penolong Setiausaha PPDa SMK Bandar Sungai Petani.  Majlis bermula dengan bacaan perutusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia sempena Sambutan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Penolong Kanan HEM, En.Saidon b. Ahmad.  Program ini bermatlamat merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Sekolah Bebas Dadah Menjelang 2012. 

Seterusnya Penolong Kanan, Pn. Che Chik bt. Hamad dijemput bagi menyempurnakan majlis pelancaran Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah.  Selepas itu semua pelajar dan guru menyanyikan lagu ‘Dadah Durjana’ yang merupakan lagu tema Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah.  Akhir sekali, sebagai kemuncak acara, Penolong Kanan, Pn. Che Chik bt. Hamad menyempurnakan gimik pelancaran iaitu membakar replika puntung rokok sebagai simbolik membanteras penyalahgunaan dadah.  Rokok dijadikan simbol dadah kerana rokok juga mengandungi bahan kimia berbahaya yang turut meninggalkan kesan ketagihan dan menjejaskan kesihatan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para pelajar yang menyertai kursus fasilitator sahabat PPDa—Petronas Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kedah di Terap Inn, Kuala Nerang Kedah.  Penyampaian sijil disempurnakan oleh Penolong Kanan, Pn. Che’ Chik bt. Hamad.


Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang minggu PPDa, antaranya ialah Pertandingan Melukis Poster, ceramah dan pameran.  Aktiviti ‘Cuma Lima Minit Antidadah’ dan urine test untuk pelajar-pelajar berisiko juga akan dilaksanakan.  Pemenang setiap pertandingan akan menerima hadiah dalam majlis penutupan Minggu PPDa.

Pn. Che' Chik bt. Hamad, PK Kurikulum menyempurnakan gimik pelancaran