Dikir Barat

Pasukan Dikir Barat SMK Bandar Sungai Petani mula ditubuhkan pada 2010 dengan pimpinan Kaunselor sekolah. Namun, pada tahun tersebut pasukan dikir barat tidak memasuki mana-mana pertandingan. Pasukan dikir barat mula bergiat aktif pada tahun 2011. banyak pengalaman dan pelbagai halangan ditempuhi kaunselor bagi memantapkan lagi pasukan dikir barat ini. persembahan pertama pasukan dikir barat adalah dalam Majlis Anugerah Sahsiah Cemerlang. Kekuatan pasukan dikir barat terdiri daripada 5 orang ahli muzik, seorang tukang karut dan 14 orang awak-awak. Sahsiah dan disiplin yang ditunjukkan pasukan ini telah menjayakan persembahan tersebut. perjalanan pasukan ini tidak berakhir disini sahaja. satu pertandingan Dikir Barat Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat daerah telah mengubah hampir 85% ahli dikir barat. pemilihan awak-awak terpaksa dibuat semula bagi memantapkan lagi pasukan dikir barat sekolah. kekangan terbesar bagi pasukan dikir barat ini adalah tenaga jurulatih yang berpengetahuan luas dalam gaya rentak dikir barat itu sendiri. oleh itu, pelbagai usaha dilakukan kaunselor. antaranya, melangkah jauh ke Pendang. namun, ianya satu pengorbanan yang sia-sia kerana tidak mendapat kerjasama dari pihak sana. masa yang tinggal untuk membuat latihan ketika itu hanyalah kurang dari 2 bulan. satu kerjasama dimeterai antara kami dan En. Azlee, seorang guru dari SMKKKM. beberapa kali kunjungan dibuat ke SMKKKM bagi melatih ahli muzik kami. bahkan, pasukan dikir barat SMKKKM amat baik hati untuk membantu pasukan yang baru dalam arena ini. selain itu, kami telah mendapat bimbingan dari 2 orang pelajar UITM, Merbok. Latihan yang lebih padat dilakukan dalam masa 2minggu sebelum pertandingan. Kerjasama dari ahli pasukan dikir barat dan guru-guru yang terlibat amatlah dihargai. malah, latihan turut dilakukan pada waktu malam di foyer pejabat sekolah. akhirnya, penat lelah setiap ahli pasukan dan kaunselor mendapat balasan... alhamdulillah, pasukan dikir barat SMKBSP mendapat tempat kedua dalam Karnival PPDa tahun 2011 yang telah diadakan di Dewan Semarak, SMK Sungai Layar, Sungai Petani.

mesyuarat pertama 2011

Persembahan Kali Pertama di Tahun 2011

Latihan di SMK Kota Kuala Muda


Kunjungan Cikgu Azle ke SMKBSP




persediaan sebelum pertandingan










No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.