Monday 27 August 2012



assalamualaikum dan salam sejahtera semua...  En. azmi atau lebih mesra dipanggil paksumie telah bersara pada 1 Ogos 2012. berikut adalah serba sedikit biodata paksu.


NAMA : EN. AZMI B MAHMUD
TARIKH LAHIR: 17 JULAI 1955
TEMPAT LAHIR: BAKAR KAPUR, SUNGAI PETANI
STATUS: BERKAHWIN
NAMA SUAMI: NORLIA BT AHMAD
ANAK: 3 ORG
ANAK SULUNG(LELAKI) BEKERJA DALAM BIDANG KEJURUTERAAN
ANAK KEDUA (PEREMPUAN) PENGUASA KASTAM
ANAK KETIGA(LELAKI) MASIH BELAJAR DI KLIUC
BIL ADIK BERADIK: 2
PENDIDIKAN AWAL: 1. SK PUSAT SUNGAI PETANI   
  (DARJAH 1-6)
                                                     2. SMK DATO’ BIJAYA SETIA
   (TING 1-3)
   3. IBRAHIM SECONDARY    
   SCHOOL (4-5)
4. MAKTAB PERGURUAN NORTHAM ROAD, P.PINANG
5. IPDA, JITRA (1994)-DIPLOMA KAUNSELING
6. MENYAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT IJAZAH(UPM)-1996
MEMPEROLEH BA HONEST DALAM BIDANG KAUNSELING
7. MASTER OF SCIENCE CAUNCELING DI UUM
PENGALAMAN BEKERJA:

PERNAH MENJADI GSTT DI SK KUALA RIMAU PENDANG SELAMA DUA TAHUN. BELIAU MENJADI GURU TETAP SETELAH MELANJUTKAN PELAJARAN DI MAKTAB NORTHAM ROAD. SEKOLAH PERTAMA BELIAU IALAH SK GUAR PAYANG, PENDANG PD TAHUN 1977 HINGGA 1979 KEMUDIAN BELIAU MENYAMBUNG PERKHIDMATANNYA DI SK PADANG PUSING, PENDANG(1980-1982). SETERUSNYA BELIAU TERUS MENABURKAN BAKTINYA DI SK SEMELING BEDONG (1982-1986). SK PATANI JAYA MERUPAKAN SEKOLAH KEEMPAT BELIAU SELAMA 6 TAHUN. BAKTI DAN JASA EN. AZMI ATAU LEBIH KITA KENALI SEBAGAI PAKSU MASIH BELUM BERAKHIR. BELIAU BERKHIDMAT DI SK KHIR JOHARI BERMULA PADA TAHUN 1992-1996. SETELAH BERJAYA MEMPEROLEH SEGULUNG IJAZAH BELIAU DITEMPATKAN DI SMK IBRAHIM SEBAGAI KAUNSELOR SEPENUH MASA. PADA PENGHUJUNG TAHUN 2000, BELIAU BERKHIDMAT DI SMK PEKULA JAYA TETAPI HANYA SEKETIKA SAHAJA KERANA KHIDMAT BELIAU LEBIH DIPERLUKAN UNTUK MEMBANTU DALAM GERAK KERJA JABATAN PERDANA MENTERI SEBAGAI KETUA KEM (2001-2007) . BELIAU KEMBALI KE DUNIA PENDIDIKAN DARI TAHUN 2007 HINGGALAH SEKARANG DI SMK BANDAR SUNGAI PETANI.

PENDORONG: ISTERI DAN KELUARGA
FALSAFAH HIDUP: HIDUP INI BIARLAH SENTIASA BERBAKTI DAN APA YANG DILAKUKAN MESTILAH BERLANDASKAN AJARAN ISLAM SERTA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH.

PENGIKTIRAFAN : 1. PINGAT JASA KEBAKTIAN
(1994)
                                            2. BINTANG CEMERLANG KEDAH
                                                  (2004)
 KENANGAN MANIS
1.            BERCERAMAH DI LONDON UNTUK SELURUH PELAJAR MALAYSIA YANG BERADA DI ENGLAND
2.           MENGENDALIKAN KURSUS PERASA KEPADA PENGETUA-PENGETUA BERASRAMA PENUH DI MALAYSIA



Monday 30 April 2012

Kursus Kepimpinan PRS

Pada tarikh 12-14 April 2012 Empat buah sekolah iaitu SMK Bandar Sungai Petani, SMK Khir Johari, SMK Sungai Layar dan SMK Amanjaya telah bergabung tenaga di Keda Agrobiz Jeniang, Kedah untuk melaksanakan kursus ini. 20 orang ahli PRS dari setiap sekolah telah diberikan pendedahan berkaitan kemahiran-kemahiran asas sebagai ahli PRS sekolah.

Monday 2 April 2012



MAJLIS PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH(PPDa) PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

Tarikh   :  1 APRIL 2012 (Ahad)

Masa     :  7.30 pagi

Tempat : Dataran Ilmu SMKBSP

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKBSP



Perhimpunan rasmi sekolah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dan bacaan doa oleh wakil pemimpin pelajar.  Majlis dipengerusikan oleh Pn. Nor Afizah bt. Mohd. Amri, Penolong Setiausaha PPDa SMK Bandar Sungai Petani.  Majlis bermula dengan bacaan perutusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia sempena Sambutan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan 2012 oleh Penolong Kanan HEM, En.Saidon b. Ahmad.  Program ini bermatlamat merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Sekolah Bebas Dadah Menjelang 2012. 

Seterusnya Penolong Kanan, Pn. Che Chik bt. Hamad dijemput bagi menyempurnakan majlis pelancaran Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah.  Selepas itu semua pelajar dan guru menyanyikan lagu ‘Dadah Durjana’ yang merupakan lagu tema Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah.  Akhir sekali, sebagai kemuncak acara, Penolong Kanan, Pn. Che Chik bt. Hamad menyempurnakan gimik pelancaran iaitu membakar replika puntung rokok sebagai simbolik membanteras penyalahgunaan dadah.  Rokok dijadikan simbol dadah kerana rokok juga mengandungi bahan kimia berbahaya yang turut meninggalkan kesan ketagihan dan menjejaskan kesihatan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para pelajar yang menyertai kursus fasilitator sahabat PPDa—Petronas Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kedah di Terap Inn, Kuala Nerang Kedah.  Penyampaian sijil disempurnakan oleh Penolong Kanan, Pn. Che’ Chik bt. Hamad.


Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang minggu PPDa, antaranya ialah Pertandingan Melukis Poster, ceramah dan pameran.  Aktiviti ‘Cuma Lima Minit Antidadah’ dan urine test untuk pelajar-pelajar berisiko juga akan dilaksanakan.  Pemenang setiap pertandingan akan menerima hadiah dalam majlis penutupan Minggu PPDa.

Pn. Che' Chik bt. Hamad, PK Kurikulum menyempurnakan gimik pelancaran




Saturday 31 March 2012


Artikel Terbitan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sempena Pelancaran Minggu PPDa 2012

DADAH PENGHANCUR UMAT MANUSIA

Saban hari media massa sering memaparkan peristiwa pergolakan yang melanda negara-negara luar khususnya Asia  Barat seperti Palestin, Iraq, Mesir, Libya dan sebagainya.  Peperangan mengakibatkan pertumpahan darah, kemusnahan harta benda dan juga kematian berikutan penggunaan pelbagai senjata peperangan yang moden dan canggih.  Lebih hebat lagi ada senjata  mortar dan bom berangkai yang mampu menghancurkan jasad manusia menjadi cebisan-cebisan daging. 
Kita di Malaysia yang aman dan damai ini pasti berasa lega kerana negara kita tidak berlaku peperangan.  Namun, sedarkah kita bahawa umat manusia khususnya di negara kita sedang dihancurkan secara perlahan-lahan dan ‘halus’ oleh ‘senjata’ yang lebih berbahaya, bahkan bahayanya mengatasi kecanggihan senjata moden yakni DADAH durjana.  Dadah inilah yang menjadi senjata ‘halus’ menghancurkan umat manusia di serata dunia. 
                Dadah lebih berbahaya kerana pengambilannya meninggalkan kesan buruk dalam jangka panjang.  Dadah  bukan sahaja membinasakan fizikal, bahkan menghilangkan akal dan meruntuhkan agama.  Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:-
a.  Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa
     kepada mabuk tetapi
     juga membawa kepada hilang akal.  Oleh itu dadah adalah haram;
b.  Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana dadah membawa pengangguran pada
    permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka oleh itu ia adalah haram;
     dan
c.  Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana dadah menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram

      Menggunakan dadah dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan dan 
membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T) berfirman di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:- 
"Janganlah kamu membunuh diri kamu kerana sesungguhnya Allah (S.W.T.) maha belas kasihan kepada kamu".

Firman-Nya lagi di dalam Surah Al-Baqarah (ayat 195) bermaksud:-
        "Dan jangan kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan".

Logiknya, perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan dan menghilangkan kewarasan fikiran perlulah dijauhi.  Orang yang hilang kewarasan sama halnya dengan orang yang berpenyakit mental kerana kesukaran membezakan yang baik dan buruk.  Justeru terzahirlah pelbagai tingkah laku yang bertentangan dengan nilai dan ajaran agama.  Kebanyakan kes jenayah seperti jenayah ragut, rogol, bunuh dan sebagainya berlaku akibat pelakunya di bawah pengaruh dadah dan alkohol.
 Sifat malu yang sepatutnya menjadi benteng pertahanan harga diri juga runtuh  akibat dadah durjana.  Tidak hairanlah jika kes-kes perzinaan meningkat seolah-olah perkara terkutuk dan terlaknat oleh Allah swt ini tidak menjadi kesalahan.   Statistik menunjukkan 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!.  Inilah bukti  penyakit syahwat dan keruntuhan moral yang sedang menghancurkan umat manusia lantaran terlalu menurut hawa nafsu.
 Jelaslah di sini, dadah dan alkohol menjadikan kita lalai daripada mengingati Tuhan sedangkan kita diciptakan lengkap dengan panduan dan ajaran agama agar hidup kita sejahtera mengikut kehendak-Nya.  Ibarat barangan yang dijual di pasaran dilengkapkan dengan manual pengguna untuk membantu kita mengendalikan peralatan tersebut dengan betul dan tidak cepat rosak.  Kita sebagai manusia juga diciptakan lengkap dengan panduan hidup agar kita dapat menjalani hidup dengan sejahtera dan tidak tersasar daripada landasan agama.
                Oleh itu, wahai remaja marilah kita bersama-sama membuat penilaian dan membuat pilihan yang terbaik dalam hidup kita. Baik atau buruk, berjaya atau gagal adalah buah fikiran kita sendiri.  Walaupun dosa sebesar dunia sekalipun, ingatlah Allah maha pengampun dan penyayang.  Pilihlah kebaikan.  Jangan berputus asa dalam mengharap rahmat Allah.  Kehidupan kita bukanlah setakat di dunia ini sahaja, tetapi lebih penting lagi kehidupan di akhirat yang kekal abadi.  Janganlah kerana kelalaian kita menjalani kehidupan yang amat  singkat di dunia ini, kita mendapat azab sepanjang hayat di akhirat kelak.  Wallahu’alam..                                                     

Friday 16 March 2012

Ujian MEdSI

PANDUAN UJIAN MEdSI

  1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 20 April - 27 April 2012.
  2. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 28 April 2012.
  3. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.
  8. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.
  9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.
  10. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).
Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA IPMa Sesi Julai 2012

Latihan Kemahiran.

Permohonan Kemasukan Ke IKBN/IKTBN Sesi Julai 2012

Pengumuman keputusan SPM 2011



PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011



Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Sekian, terima kasih.

Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi 2012 / 2013

Jangan Lepaskan peluang mendapatkan tajaan!
Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi 2012 / 2013

Tuesday 13 March 2012

KELIRU?

Ramai pelajar masih keliru bagaimana untuk membuat pemilihan program pengajian di IPT, Politeknik atau ILKA. Sebagai panduan ringkas, anda boleh gunakan 5 Tip berikut - MINAT-TINJAU-PROSPEK-AKADEMIK-PILIH:

o MINAT - Tanya diri sendiri - apa Minat dan cita-cita anda?
o TINJAU - Tinjau apakah 3 bidang pengajian yang anda minati?
o PROSPEK- Selidik apakah Prospek kerjaya kelak dalam bidang yang anda minat itu?
o AKADEMIK - Sesuaikah PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN yang anda pilih dengan pencapaian Akademik anda? bak kata pepatah.... Ukur baju dibadan sendiri..
o PILIH - dapatkan pandangan dari ibu bapa, guru atau rakan-rakan mengenai program pengajian yang anda minat itu... tapi ingat, jangan terikut-ikut dengan kawan-kawan. Seterusnya...Buatlah PILIHAN dengan bijak....

PENDIDIKAN MAMPU MERUBAH NASIB DAN DESTINI KEHIDUPAN KITA...
RENUNG-RENUNGKAN LAH....UPU1

Monday 27 February 2012

Siapa Kaunselor?

Siapa Kaunselor?
Di Malaysia, bimbingan dan kaunseling diperkenalkan di sekolah secara rasmi pada tahun enam puluhan melalui program bimbingan kerjaya. Walau bagaimanapun pada masa itu bimbingan yang diberikan lebih menjurus pada kerjaya sahaja. Pada tahun 1972, Maktab Rendah Sains MARA menjadi kumpulan sekolah pertama yang memperkenalkan Program Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan membimbing dan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan pelajar ke arah kematangan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Masalah tingkah laku di kalangan pelajar, terutama remaja memerlukan perhatian khusus. Perkembangan masyarakat yang mempengaruhi struktur institusi keluarga menyebabkan ramai remaja yang terbiar dipengaruhi unsur-unsur negatif. Masalah ini yang sepatutnya diselesaikan oleh keluarga, kini turut dipertanggungjawabkan kepada sekolah. Namun guru tidak dapat memperuntukkan banyak masa untuk kaunseling kerana tugas utamanya di sekolah ialah mengajar. Untuk mengatasi masalah itu kini diwujudkan jawatan kaunselor yang ditugaskan khusus untuk membantu pelajar bermasalah di sekolah

Bengkel Pembinaan Blog dan Proses Merekod Buku

Latihan Dalam Perkhidmatan : Bengkel Pembinaan Blog SMKBSP
Tarikh :- 27 Februari 2012
Hari :- Isnin
Tempat :- Perpustakaan SMKBSP
Guru-Guru  berkumpul di PSS sebelum
 berpecah mengikut tugas masing-masing

Sebahagian Barisan Pentadbir turut berbengkel


Cikgu Asrul menerangkan pembahagian tempat LDP


Carta Organisasi UBK SMKBSP


CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK BANDAR SUNGAI PETANI
TAHUN 2012

Kenali Kaunselor-kaunselor anda~

KAUNSELOR BERSAMA BARISAN PENTADBIR
DARI KIRI HADAPAN :- En. Azmi  (Paksu Mie), Pn. Ruzimah(Penolong PK Petang), Pn. Che Chik(PK Pentadbiran), Pn. Hjh Hafsah(Pengetua), En. Saidon(PKHEM), Pn. Norlida(PK Petang) dan Pn. Noordain(Kaunselor).
DARI KIRI BELAKANG :- Pn. Normadiah(Kaunselor), Cik Nur Ilyani (Kaunselor) dan Pn. Nor Afizah(Kaunselor)




Salam Perkenalan Salam Muhibbah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar Sungai Petani, Kedah akan mula beroperasi mulai saat ini...Selamat Datang!!